Friday, March 26, 2010

Biotechnology Education Symposium

Pada 19-03-2010, telah dipilih oleh En Azli untuk menghadiri Simposium pendidikan Bioteknologi yang bertempat di Le Meridien Hotel dan Shereton Hotel Kuala Lumpur pada 23-03-2010 hingga 24-03-2010.



Simposium ini dianjurkan oleh Biotech Corp Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertujuan untuk mengajak kumpulan pendidik di Malaysia sebagai ejen promosi memperkenalkan bidang Bioteknologi yang dijangka akan berkembang pesat dalam tempoh terdekat. Ia membolehkan para pelajar di Malaysia mengenali bidang biotek memilih bidang ini sebagai opsyen pekerjaan.



Selain itu simposium ini turut memperkenalkan beberapa syarikat Bionexus yang disenaraikan di bawah seliaan BioTech Corp. Syarikat BioNexus ialah syarikat-syarikat swasta yang membuat penyelidikan dan produk berasaskan bioteknologi di Malaysia. Antara bidang biotek yang dipelopori oleh syarikat BioNexus ialah orchid seedling, bio fertelizer dan non-fat chicken.

0 comments:

Post a Comment