Friday, March 26, 2010

Seminar Keusahawanan di Pauh Inn Perlis

Dari 16-03-2010 hingga 19-03-2010 telah menghadiri seminar keusahawanan di ECT Perlis yang bertempat di Pauh Inn, Arau Perlis.

Seminar selama 3 hari kendalian Mara Perlis adalah langkah awal yang diambil oleh pihak NCIA sebagai persedian rapi menyediakan ruang secukupnya buat pelatih-pelatih projek cITaKUlab sebagai usahawan.

Di dalam seminar 3 hari itu pelatih diperkenalkan dengan RP atau rancangan perniagaan- sejenis kertas kerja yang diperlukan untuk membuat penilaian terhadap perniagaan yang akan dijalankan dan juga yang telah dijalankan. Selain itu pihak Mara turut menjalaskan bahawa RP turut boleh diuntuk untuk tujuan pemasaran syarikat dan permohonan pinjaman Mara dan bank-bank tempatan.

Selain RP, turut diberikan kursus berhubung langkah-langkah pemasaran yang boleh diambil sebelum dan selepas produk siap. Termasuk penerangan berhubung keluk pemasaran dan umur produk, serta keperluan R&D bagi memastikan jangkahayat produk dalam pasaran. Seterusnya pihak Mara memberi penerangan berhubung perakaunan. Kami difahamkan kepentingan membuat simpan kira yang teratur.

0 comments:

Post a Comment